mcmc
Keusahawanan

Q1 2020: Usahawan Puan Mayah

Q1 2020: Usahawan Puan Mayah

Nama  Puan Mayah Kachang 
Ahli Berdaftar 2019 

 

Latar Belakang

Puan Mayah adalah penduduk yang tinggal di sekitar Skim Tunoh dan beliau mengusahakan tanaman lada secara kecil-kecilan. Tanaman lada ini merupakan sumber rezeki Puan Mayah. Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, beliau kurang mendapat maklumat seperti harga pasaran lada hitam dan sebagainya. Beliau hanya bergantung kepada pembeli di pasar Kapit dengan mengetahui harga berapa sekilo harga lada hitam. 
 
Selepas Penglibatan NADI
 
Namun demikian, selepas melibatkan diri dengan aktiviti di NADI bukan setakat mengetahui harga pasaran lada hitam di negara, beliau turut mengikuti aktiviti Keusahawanan yang diadakan di NADI Pekan Tunoh selain mengambil bahaian dalam Pertandingan Usahawan yang dijalankan di Skim Tunoh. Di samping itu, beliau turut dibantu oleh NADI dalam mempromosikan ladang tanaman lada hitam melalui sosial NADI Pekan Tunoh.