| PERKARA | KEUSAHAWANAN:BROSUR & LABEL |
| TARIKH | 06 APRIL 2022 |
| TEMPAT | PEDi SKIM TUNOH (M) |
| GAMBAR | IMAGE |
Perkongsian dan juga latihan keusahawanan yang melibatkan golongan pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar perkampungan Skim Tunoh. Perkongsian dan juga latihan ini diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi dengan bantuan bahan-banahn mengajar seperti slaid latihan, video usahawan (perniagaan Ikat Rambut), dan bimbingan tunjuk ajar menggunakan Microsoft Publisher dan Word. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada 6 April 2022 tersebut adalah seperti membuat label nama (kad nama peserta) dan juga mereka bentuk brosur perniagaan berdasarkan ciri-ciri video keusahawanan yang telah ditayangkan kepada peserta. Peserta latihan ini mendapat faedah dalam membina idea baru untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, di samping mempelajari asas multimedia seperti penggunaan microsoft word.