| PERKARA | PROGRAM A&P AGENSI BERSAMA PEDi 2022 |
| TARIKH | 16 JULAI 2022 |
| TEMPAT | PEDi PEKAN TUNOH (M) |
Pada 16 Julai 2022, diadakan satu program tahunan PEDi bersama-sama dengan komuniti setempat yang bertajuk ” Program Keusahawanan dan Agensi Bersama PEDi 2022″ yang telah dijalankan di PEDi Pekan Tunoh (M). Program ini disertai dengan agensi-agensi seperti Klinik Kesihatan Scheme Tunoh serta Biro Wanita JKKK Rumah Kilau, Skim Tunoh. Program ini sebagai salah satu program di mana mengeratkan lagi silaturahim komuniti setempat di samping menggalakkan perkembangan keusahawanan berlaku di sekitar kawasan Skim Tunoh. Program ini melibatkan aktiviti seperti taklimat keusahawanan, taklimat kesihatan, promosi PEDi dan lain-lain. Program yang disertai oleh anggaran 40 peserta ini terdiri daripada pelajar SK Sg. Tunoh, penduduk Skim Tunoh dan warga jabatan kesihatan. Program yang bermula pada 0900 pagi dan diakhiri dengan penyerahan cenderamata serta jamuan tengah hari pada pukul 0200 petang.