mcmc
Laporan Aktiviti

Tip Aplikasi Sosial Media

PERKARA  TIP SOSIAL MEDIA PLATFORM ATAS TALIAN: WHATSAPP 
TARIKH 24 SEPTEMBER 2022
TEMPAT PEDi PEKAN TUNOH (M) 

 

Aktiviti atau kelas asas ICT yang dilaksanakan adalah berkenaan dengan sosial media, platform atas talian yang dikenali sebagai WhatsApp. Bagi menambahkan ilmu pengetahuan komuniti khususnya pelajar yang telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi WhatsApp dimana aplikasi ini turut digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah khususnya penghantaran kerja sekolah dan sebagainya. Petugas telah mengadakan taklimat asas ICT berkenaan dengan tips penggunaan aplikasi ini dengan selamat sebagai contohnya, dengan menetapkan dua asas verifikasi (2-way authentication), privasi akaun, laman sembang (group chat) dan sebagainya. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mendidik komuniti khususnya pelajar bijak dalam menggunakan aplikasi laman sembang yang telah disediakan untuk kegunaan mereka dalam pelbagai aspek.