
Kemaskini : Januari 2023
Celik IT PEDi Pekan Tunoh merupakan seorang pelajar PRA-Universiti yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No.2 dan merupakan penduduk tempatan yang berasal dari rumah panjang, Rumah Tani, Sungai Melinau, Baleh. Beliau seorang yang berpendirian tegas, rajin serta bercita-cita tinggi disamping selalu menolong kawan-kawannya. Beliau mulai aktif melibatkan diri dengan aktiviti PEDi setelah menjadi ahli PEDi pada tahun 2019. Beliau yang dikenali sebagai Batrice Bangan seorang yang rajin dalam mengikuti latihan asas ICT, Klik Dengan Bijak serta program-program tahunan yang dianjurkan oleh PEDi sekiranya berkelapangan. Kekangan mengikuti aktiviti di PEDi adalah disebabkan beliau melanjutkan pelajarannya di bandar dan jarang balik ke kampung Skim Tunoh.
