
6 Feb 2023 : Pendedahan kepada Microsoft Powerpoint telah diadakan di PEDi Pekan Tunoh yang disertai oleh pelajar sekolah rendah. Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah dengan membuat perbentangan berkaitan dengan Idola masing-masing. Pelajar yang terlibat turut teruja dengan mencari maklumat dengan penggunaan enjin carian seperti Google. Setelah pencarian maklumat secara individu, pelajar disarankan menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint dalam membuat pembentangan. Pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas dalam penggunaan New Slide, Animation, Transition, Insert Picture dan sebagainya. Akhir kelas, peserta digalakkan membuat pembentangan tentang Idola masing-masing kepada kawan mereka.
