mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas/Aktiviti ICT Ogos 2023

Tarikh : 27 & 29 Ogos 2023

Tempat : Mini PEDi Pekan Tunoh

Taklimat : Membuat bakul edisi bulan Kemerdekaan, Mewarna Edisi Merdeka dan E-Kerjaya (EIS Perkeso)

 

Penerangan Aktiviti: Sesi kelas dan aktiviti ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan ICT peserta / komuniti Skim Tunoh dalam menggunakan asas ICT dan soft skills mereka. Kelas dan aktiviti ini melibatkan pelajar dan juga komuniti setempat Skim Tunoh yang berkelapangan melawat PEDi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bersama-sama membuat bakul dan mewarna sempena bulan kemerdekaan ogos. Di samping itu, turut diselitkan aktiviti e-kerjaya untuk peserta/komuniti yang ingin mencari pekerjaan pada masa sekarang dengan bantuan petugas PEDi.