mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas / Aktiviti ICT September 2023

Tarikh : 08, 15 dan 16 September 2023 

Tempat : Mini PEDi Pekan Tunoh

Taklimat : MS Paint , Enjin Carian: Mencari maklumat dan Youtube: Penggunaan Reel dan mencari maklumat

 

Penerangan Aktiviti : Sesi kelas dan aktiviti ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan ICT peserta / komuniti Skim Tunoh dalam menggunakan asas ICT dan soft skills mereka. Kelas dan aktiviti ICT ini melibatkan pelajar sekolah rendah Sk Sungai Tunoh yang berkelapangan melawat PEDi pada hujung minggu. Aktiviti ICT yang diajalankan seperti Ms Paint adalah berkaitan dengan soft skills peserta dalam menggunakan warna secara digital serta mengenal bentuk-bentuk dalam Ms Paint. Di samping itu, aktiviti mencari maklumat menggunakan enjin carian adalah melibatkan pelajar Tahun 5 untuk aktiviti pembelajaran mereka. Aktiviti ICT penggunaan Youtube adalah dijalankan bagi mencari lagu Bahasa Inggeris untuk Minggu Bahasa Inggeris pelajar Sk Sungai Tunoh yang dibantu oleh petugas PEDi.