Pada 1 Mac 2024, Pusat Ekonomi Digital telah ditukar nama dan kini dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang seiring dengan peranan penubuhannya. NADI merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai salah satu daripada inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Objektif NADI adalah terbahagi kepada tiga (3) iaitu seperti berikut :
1. Capaian Internet secara kolektif :
Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif. NADI berfungsi dalam memperkasakan komuniti melalui asimilasi tekonologi dalam kehidupan seharian komuniti.
2. Memperkasa Komuniti :
Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui program yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi komuniti. NADI berfungsi dalam memupuk nilai – nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri dan seterusnya memberi impak positif kepada kesepaduan dalam komuniti.
3. Sebaran Maklumat :
Menyebarkan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI. NADI menjadi pusat tumpuan dalam mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.
NADI Pekan Tunoh merupakan mini NADI yang dikelola oleh seorang petugas iaitu Pengurus NADI. NADI ini dibawah ADUN N 64 Baleh , dibawah Daerah Bukit Mabong. Penempatan kawasan NADI Pekan Tunoh adalah berdekatan dengan Rumah Killau dan Homestay Bukit Mabong. NADI ini telah beroperasi dari 26 April 2019 dan setakat ini Ahli Berdaftar (Ahli NADI) seramai 341 orang, dan pengguna yang berkunjung ke NADI anggaran dalam 2,000 orang. NADI Pekan Tunoh masih menggunakan teknologi backhaul VSAT untuk akses kepada Internet.
Kenali Petugas NADI Pekan Tunoh :
Nama : Martina Vincent
Jawatan : Pengurus NADI
