USAHAWAN HOMESTAY
| Nama | : Killau Anak Ugap |
| Umur | : 66 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Encik Killau Anak Ugap merupakan usahawan kecil hometay di Skim Tunoh.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Killau Anak Ugap merupakan usahawan kecil yang mempunyai homestay disekitar Skim Tunoh. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan homestay untuk melalui bantuan kenalan. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI PT bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI PT, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Encik Killau Anak Ugap tetap berkunjung ke mini PI PT bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain di pejabat daerah Bukit Mabong.
