mcmc
Laporan Aktiviti

ASAS ICT: MENCARI MAKLUMAT NILAM

Seramai 25 orang pelajar Tahap 2 SK SG Tunoh telah mengikuti program mencari maklumat NILAM. Program ini bertujuan mengajar dan menambahkan ilmu pengetahuan ICT dengan pelajar yang terlibat. Malah, program ini juga menerapkan budaya membaca, memperkaya pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikiran secara kritis serta memupuk minat terhadap ilmu sepanjang hayat.