mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Bukit Mabong, Skim Tunoh

BM5

 BM2


Daerah Bukit Mabong yang selalu disebutkan adalah berasal dari keadaan fizikal perkampungan di Skim Tunoh yang mempunyai bukit yang dikenali sebagai Bukit Mabong. Bukit Mabong ini menjadi daya tarikan utama di perkampungan Skim Tunoh yang turut menjadi salah satu tempat yang menarik untuk bergambar sebagai tanda kenangan. Keunikan Bukit Mabong ini adalah bentuk fizikalnya yang menyerupai seekor gajah yang sedang tidur dan diikuti gambaran gajah-gajah lain dari belakang sekiranya dilihat dari pemandangan atas. Menurut cerita dahulu kala yang diceritakan oleh orang tua-tua, pada sekitar 1881 Bukit Mabong ini pernah menjadi benteng pertahanan peperangan anatra Etnik Iban yang diketuai oleh Ketua Belayong dan juga Kaum Merom yang melawan penjajah Brooke dahulu kala. Sekarang, perkampungan Bukit Mabong dijadikan salah satu tempat skim penanaman padi terbesar di Kapit. Sekiranya anda ke Skim Tunoh ini anda akan disajikan dengan penempatan skim penanaman padi sawah paya yang dikendalikan oleh orang kampung di Skim Tunoh.