mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT PEDi

1659240833682

  1659240833697

 

Kemaskini : Januari 2023

Celik IT PEDi Pekan Tunoh merupakan seorang pelajar PRA-Universiti yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No.2 dan merupakan penduduk tempatan yang berasal dari rumah panjang, Rumah Tani, Sungai Melinau, Baleh. Beliau seorang yang berpendirian tegas, rajin serta bercita-cita tinggi disamping selalu menolong kawan-kawannya. Beliau mulai aktif melibatkan diri dengan aktiviti PEDi setelah menjadi ahli PEDi pada tahun 2019. Beliau yang dikenali sebagai Batrice Bangan seorang yang rajin dalam mengikuti latihan asas ICT, Klik Dengan Bijak serta program-program tahunan yang dianjurkan oleh PEDi sekiranya berkelapangan. Kekangan mengikuti aktiviti di PEDi adalah disebabkan beliau melanjutkan pelajarannya di bandar dan jarang balik ke kampung Skim Tunoh.

Disamping latihan ICT, beliau aktif dalam berkecimpung dalam menjual hasil makanan serta minuman di perkampungan Skim Tunoh sekiranya cuti sekolah. PEDi banyak membantu beliau dalam mempromosikan jualannya melalui hebahan kepada komuniti secara atas talian dan berita kepada penduduk kampung. Beliau seorang yang rajin bertanya melalui platform Whatsapp dengan bertanya kepada petugas seperti tips-tips ICT, pencarian maklumat, berita-berita pendidikan dan sumbangan. Baru-baru ini, beliau dengan rakan-rakannya berjaya mendapatkan bantuan/sumbangan pendidikan one-off daripada DUN 64 Baleh