mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT 2020:Q2

ANGELIKA1-2

 

 SEBELUM PENGLIBATAN DALAM PEDi

Angelika Ferra merupakan Pelajar Sek. Menengah dan bersekolah di SMK Selirik, Kapit dan menetap di Rh Killau, Sg Tunoh Baleh. Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PEDi, Ferra tidak berani untuk mengetahui apakah itu Internet dan juga komponen komputer. Beliau selalu bersam-sama rakannya bermain pada waktu petang sekiranya beliau pulang ke kampung bila musim cuti. 

Ferra tekad untuk pergi ke PEDi Pekan Tunoh pada mulanya untuk mendaftar sebagai Ahli. Namun, beliau tekad untuk mengikuti Kelas ICT dan aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak yang dianjurkan pada setiap bulanan. Sekarang, beliau mahir dan pantas dalam menaip, mengetahui perkakasan komputer malahan mencari maklumat dengan menggunakan perkhidmatan Internet yang disediakan.