| Celik IT | Alexson Kacang Roslen |
| Umur | 11 Tahun (2021) |
| Sekolah | Sekolah Rendah Sg Tunoh Kapit |
Adik Alexson Kacang merupakan pelajar di SK Sungai Tunoh Kapit dan juga penduduk tempatan di Perkampungan Skim Tunoh. Alesxon seorang budak yang selalu bermain di padang sekolah bersama-sama kawannya bila waktu petang dan berkelapangan. Sebelum penubuhan PEDi di Skim Tunoh, adik Alexson selalu mandi-manda di sungai dengan kawan-kawannya. Adik Alexson sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di PEDi seorang yang buta IT. Namun, selepas melibatkan diri dengan aktiviti di PEDi serta dorongan daripada keluarganya, adik Alexson adalah salah seorang pelajar celik IT di Skim Tunoh. Adik Alexson melibatkan diri dengan aktiviti seperti mempelajari asas ICT, komponen komputer, e-pembelajaran dan banyak lagi yang diadakan di PEDi setiap bulan. Selain itu, adik Alexson juga dididik dengan melayari Internet secara bijak ekoran daripada penglibatannya dalam taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh PEDi. Sekarang, adik Alexson sebanyak sedikit membantu kawan-kawannya yang memerlukan tunjuk ajar dalam melayari Internet di PEDi Pekan Tunoh.
