| NAMA | Erry Anak Saing |
| UMUR / Ahli PI1M | 11 Tahun / 2019 |
| SEKOLAH | SRK Sungai Tunoh, Kapit |
| Sebelum Penglibatan dalam PEDi |
Sebelum menyertai kelas asas ICT yang diadakan oleh PEDi Pekan Tunoh, adik Erry Saing agak kurang dalam menguasai asas penggunaan komputer. Oleh itu, adik Erry Saing kurang faham mengenai cara penggunaan internet dan penggunaan komponen-komponen komputer dengan betul. Tambahan pula, adik Erry Saing telah mendapat dorongan dan galakkan dari rakan sebayanya dan juga ahli keluarga beliau untuk meyertai kelas asas ICT di PEDi.
| Selepas Penglibatan dalam PEDi |
Selepas menyertai kelas asas ICT, adik Erry Saing mula memahami istilah komputer dan juga perisian “Word Processing”. Di dalam kelas/latihan ICT, adik Erry Saing aktif dalam berkomunikasi dengan petugas bertanya soalan mengenai ICT dan sekarang beliau telah dapat memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakannya yang lain. Beliau semakin minat untuk menggunakan komputer dan berasa yakin bila menaip petikan ketika pembelajaran diadakan di PEDi.