04 Mac 2023: Latihan atau taklimat e-pembelajaran telah diadakan semasa cuti persekolahan berlangsung. E-pembelajaran yang diberi penerangan oleh PEDi adalah permainan pendidikan dengan melayari laman web Room Recess.com. Laman web Room Recess.com adalah salah satu web yang menawarkan permaian pendidikan dari pelbagai aspek seperti matematik, sains, menaip, huruf dan sebagainya. Beberapa pelajar sekolah rendah telah mengikuti taklimat dan aktiviti e-pembelajaran ini dengan bantuan petugas PEDi. Para pelajar diberi latihan praktikal dengan menggunakan laman web Room Recess dimana mereka mampu meluangkan masa menggunakan komputer secara berhemah dan positif.
