
Tanaman lada milik Pn. Mayah
Tanaman lada merupakan salah satu aktiviti utama penduduk sekitar Skim Tunoh, Kapit untuk mencari mata pencarian seharian mereka. Tanaman lada ini adalah salah satu aktiviti perladangan dilaksanakan oleh penduduk di samping penanaman padi paya dan padi bukit. Penanaman dan proses memetik serta menjemur biji lada adalah dilakukan pemilik ladang lada tersebut. Selesai semua proses, pemilik akan menjual lada yang telah dijemur kepada pembeli di Pekan Kapit, Sarawak.
