Pemandangan atas Kampung Skim Tunoh (kredit: Cikgu Mohd Yassin)
Skim Tunoh Bukit Mabong merupakan penempatan daerah baharu dalam Negeri Sarawak yang dinamakan Daerah Bukit Mabong. Dengan pembentukan pembangunan seperti pembinaan jalan raya untuk menghubungkan Daerah Bukit Mabong dan Daerah Kapit sedang giat diperjalankan kerajaan Negeri Sarawak bagi membangunkan Daerah Bukit Mabong. Daerah Bukit Mabong yang populasi nya kebanyakkan penduduk berbangsa Iban dan memang penduduk tempatan di Skim Tunoh sejak sekian lama. Penempatan di Skim Tunoh yang melibatkan 5 buah rumah panjang terdiri daripada Rh Killau, Rh Seman, Rh Jantang, Rh Tani dan Rh Agam. Salah satu menjadi tarikan penduduk ataupun pengujung yang berkunjung ke Skim Tunoh adalah keunikan sebuah bukit yang tersergam indah tatkala anda memasuki simpang Skim Tunoh adalah Bukit Mabong.
Sejarah kampung Skim Tunoh menurut yang diceritakan oleh orang tua, penduduk di Skim Tunoh berasal dari Sungai Melinau, Balleh dan mula berhijrah anggaran pada tahun 1972. Penghijrahan pertama mereka ke Sungai Tunoh menjadikan mereka penduduk tempatan di Skim Tunoh dan menetap selama beberapa generasi sehingga kini. Manakala, dengan penubuhan Daerah Bukit Mabong pada tahun 2016 telah menjadikan Skim Tunoh sebagai lokasi pembinaan lapangan terbang, lokasi pejabat kerajaan baharu serta jabatan-jabatan lain.
Bukit Mabong merupakan tarikan utama di Skim Tunoh, yang menjadi mercu tanda bagi Daerah Bukit Mabong. Bukit Mabong ini keunikannya daripada bentuk bukit yang menyerupai bentuk seekor gajah yang sedang tidur dan diikuti oleh gambaran gajah-gajah lain yang mengikutinya dari belakang jika dilihat secara menyeluruh dari atas. Menurut cerita orang tua, pada sekitar 1881, Bukit Mabong ini pernah menjadi benteng pertahanan peperangan antara Etnik Iban yang diketuai oleh Ketua Belayong dan Kaum Merom yang melawan penjajah Brooke bersama dengan pengikutnya. Selain itu, selain tarikan keunikan bentuk Bukit Mabong ini, jika diterokai dan berjalan selama 2 jam lebih pengujung akan disajikan dengan air terjun Bukit Mabong yang terdapat jauh di dalam Bukit Mabong. Namun, pengunjung yang ingin melawat ataupun berkelah ke Pancur Mabong ini hendaklah mendapatkan izin dan tunjuk arah daripada penduduk tempatan Skim Tunoh. Hal ini kerana, penduduk tempatan sahaja lah yang tahu selok belok bahagian jalan Pancur Mabong ini.
