| PERKARA | KDB: KESELAMATAN & LITERASI SIBER |
| TARIKH | 20, 21 & 27 OGOS 2022 |
| TEMPAT | PEDi PEKAN TUNOH (M) |
Taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak yang dihadiri oleh golongan pelajar / komuniti Skim Tunoh yang berkaitan dengan modul ” Keselamatan & Literasi Siber “. Aktiviti yang dilakukan bersama komuniti yang terlibat adalah taklimat klik dengan bijak, video tayangan berkaitan dengan Risiko Pencegahan Keselamatan Siber, kuiz Literas Siber dan juga sesi soal jawab bersama petugas. Tujuan aktiviti / taklimat ini diadakan di PEDi adalah untuk menerapkan sikap bertanggungjawab dan waspada terhadap penggunaan Internet serta melahirkan masyarakat yang celik IT dan tidak ketinggalan dengan dunia teknologi di samping menerapkan pengetahuan berkaitan keselamatan siber yang boleh diamalkan sepanjang melayari Internet.