Tarikh: 11 & 18 Julai 2023
Tempat: Platform Atas Talian (Zoom Meeting)
Kelas/Aktiviti: Kelas Soft Skills (Resume Writing) & Webinar Tekun (Akses Pembiayaan TEKUN Nasional)
Penerangan Aktiviti: Sesi kelas / aktiviti yang dijalankan adalah secara atas talian bersama-sama ahli PEDi dengan bantuan petugas dan tenaga pengajar. Kelas dan aktiviti yang dilakukan adalah berkaitan dengan kelas soft skills dimana peserta di ajar oleh tenaga pengajar dari Innovative Learning Network berkenaan dengan cara penulisan dan rekaan bentuk resume. Di samping itu, kelas atas talian yang turut diadakan bersama tenaga pengajar dari agensi TEKUN dalam membincangkan akses pembiayaan TEKUN Nasional kepada usahawan / peserta PEDi serta turut membantu usahawan yang memerlukan pinjaman untuk kelangsungan perniagaan mereka.