Seramai 15 orang peserta telah mengikuti kelas masakan Nyonya pada 6 Mac 2025, Khamis. Peserta bersama dengan Chef Florance Tan dalam belajar resepi autentik serta teknik memasak masakan Nyonya iaitu Ayam Titik dan Kuih Gading Galoh. Justeru, peserta juga didedahkan dengan keistimewaan hidangan ini bukan sahaja enak, tetapi juga penuh dengan sejarah dan cita rasa asli yang memikat selera.