Tarikh: 08,05,06,10 & 16 April 2023
Tempat: Mini PEDi Pekan Tunoh
Aktiviti: Latihan Komponen Komputer, Penggunaan Search Engine, Mereka Resume dan Microsoft Excel (Carta Pie)
Penerangan Aktiviti: Kemahiran asas ICT telah diadakan di PEDi Pekan Tunoh dengan melibatkan belia dan pelajar sekolah rendah di Skim Tunoh. Asas ICT yang diadakan di PEDi adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan ICT dan produktiviti komuniti khususnya pelajar dalam menggunakan dan melayari Internet dengan baik dalam pencarian maklumat. Antara aktiviti yang diadakan adalah pengenalan kepada komponen komputer khususnya untuk belia Skim Tunoh. Aktiviti ini melibatkan latihan kendiri belia dalam mengenalpasti kegunaan dan fungsi komponen komputer dalam kehidupan seharian. Tambahan lagi, pelajar sekolah rendah diperkenalkan dengan enjin carian Goggle dalam mencari maklumat berkaitan dengan pembelajaran mereka. Aktiviti lain yang melibatkan belia SKim Tunoh adalah dengan mereka resume dan menggunakan Microsoft Excel iaitu carta pie.