Tarikh: 16 & 20 Mei 2023
Tempat: Mini PEDi Pekan Tunoh
Aktiviti: Latihan mereka poster Hari Guru menggunakan Web Canva, Microsoft Paint, Youtube Origami Learning
Penerangan Aktiviti: Kemahiran asas ICT serta e-pembelajaran yang dilakukan di PEDi Pekan Tunoh sepanjang Mei 2023 adalah melibatkan pelajar sekolah rendah dan tadika dalam mempelajari asas Multimedia dan e-pembelajaran Youtube Learning. Pengetahuan asas ICT dan e-pembelajaran ini bertujuan meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam mereka poster dengan menggunakan asas web Canva dengan bantuan petugas. Disamping itu, menambah idea pelajar dalam membuat sesuatu dengan berpandukan Youtube learning.