Infrastruktur dapat diifatkan sebagai kemudahan asas dan sering digunakan dalam penulisan. Kini, telah ditukar kepada infrastruktur daripda prasarana dan ketiga-tiga (kemudahan asas, infrastruktur, prasarana) adalah sama maksud. Ini juga merangkumi struktur teknikal seperti jalan raya, jambatan, grid elektrik, telekomunikasi dan sebagainya serta boleh ditakrifkan sebagai komponen fizikal sistem yang saling berkaitan untuk menyediakan komoditi dan perkhidmatan yang diperlukan untuk peningkatan kualiti hidup masyarakat. (sumber: ms.wikipedia.com)
Kemudahan awam yang terdapat di Skim Tunoh Sungai Melinau ini boleh disifatkan hampir sempurna dan lengkap walaupun masih lagi dalam proses pembangunan daerah ataupun pekan seperti Pekan Kapit. Penduduk Skim Tunoh mendapat peningkatan kualiti hidup melalui beberapa kemudahan asas yang dibangunkan oleh kerajaan dengan mendapatkan kemudahan awam secara berperingkat.
Sebagai contohnya, Skim Tunoh Sungai Melinau mula mendapat bekalan elektrik solar hibrid bermula daripada tahun 2015 dan digunakan soleh penduduk kampung Skim Tunoh yang merangkumi 5 buah rumah panjang iaitu Rumah Killau A, Rumah Tani, Rumah Seman, Rumah Agam dan Rumah Jantang.
Disamping itu, penduduk Skim Tunoh mendapat bekalan air bersih daripada water catchment yang disalurkan terus melalui air Sungai Tunoh dan tiada pembayaran dilakukan dan digunakan secara percuma. Boleh dikatakan setiap petang penduduk kampung mendapatkan air bersih dari loji air yang telah dibangunkan bagi setiap rumah panjang di Skim Tunoh Sungai Melinau ini.
Selain daripada itu, Skim Tunoh ini juga mempunyai kemudahan asas seperti Sekolah Rendah Sungai Tunoh dan Klinik Kesihatan Tunoh yang saling berdekatan antara satu sama lain. Sekolah Rendah Sungai Tunoh ini disambungan dengan jambatan besi yang menghubungkan setiap rumah panjang di Skim Tunoh untuk melalui air sungai tunoh. Sekolah rendah Sungai Tunoh ini turut dilengkapi dengan padang bola sepak, gelanggang takraw, dewan disamping sekolah rendah ini berada di kawasan pedalaman. Baru-baru ini Skim Tunoh, Sungai Melinau mempunyai kemudahan awam untuk perkhidmatan internet iaitu Pusat Internet Skim Tunoh, Bukit Mabong yang beroperasi pada tahun 2018.
Bagi kemudahan awam asas dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pejabat pos, keperluan asas, pejabat daerah, perkhimatan pejabat polis dan bomba boleh didapati di bandar terdekat iaitu Bandar Kapit dengan menggunakan kereta tambang 4x4w yang jaraknya jauh lebih kurang 120km dan perlukan masa perjalanan selama 3 Jam dan 30 Minit untuk sampai.