mcmc
Kesihatan

Kemudahan Asas (Kesihatan)

klinik

1. KLINIK KESIHATAN SKIM TUNOH

       klinik1

 KLINIK KESIHATAN SKIM TUNOH, SUNGAI MELINAU

 

Salah satu kemudahan asas untuk penduduk Skim Tunoh ini adalah Klinik Kesihatan Skim Tunoh yang berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tunoh dimana penduduk kampung menggunakan jambatan besi untuk menyeberangi Sungai Tunoh. Klinik Kesihatan Tunoh ini menyediakan pelbagai kemudahan asas atau rawatan asas kepada penduduk kampung Skim Tunoh seperti perkhidmatan pesakit luar (pekerja-pekerja yang melakukan pembinaan di kawasan Tunoh), penduduk kampung, klinik bayi dan ibu mengandung serta lain-lain. Klinik Kesihatan Skim Tunoh ini diselia oleh Penolong Pegawai Perubatan N29 iaitu Encik Daniello Majui dan dibantu oleh jururawat-jururawat yang lain. Walaubagaimanapun, jika penduduk kampung mengalami masalah kesihatan yang kritikal, pihak Klinik Kesihatan Pekan Tunoh terpaksa menasihati mereka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di Hospital Besar Kapit yang jarakanya lebih kurang 120km menggunakan jalan balak, dismaping terdapat juga klinik swasta di sekitar Bandar Kapit. 

 


 

2. HOSPITAL BESAR PEKAN KAPIT

HOSPITAL-KAPIT

HOSPITAL KAPIT

Hospital Besar Kapit ini anggaran jaraknya dari Skim Tunoh adalah 120km dan memakan masa selama 3 jam 30 minit untuk tiba. Oleh hal yang demikian, jika penduduk Skim Tunoh mengalami masalah kesihatan yang sangat kritikal mereka disarankan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kapit ini daripada Klinik Kesihatan Skim Tunoh, Sungai Melinau.