mcmc
Laporan Aktiviti

Klik Dengan Bijak Quater 1

cyl

 kdb1 kdb2 

Jan 2023: Siri Taklimat Klik Dengan Bijak telah diadakan di PEDi Pekan Tunoh sepanjang bulan Januari 2023 yang melibatkan komuniti Skim Tunoh. Taklimat KDB yang diadakan pada tarikh 16, 21 dan 27 Januari 2023 ini merangkumi modul Klik Dengan Bijak seperti Check your Label , Keselamatan Komputer, Terlebih Kongsi & Maklumat dan Pengurusan Risiko. Antara aktiviti yang dijalankan semasa Taklimat Klik Dengan Bijak adalah tayangan video KDB disamping diselitkan dengan taklimat KDB. Tambahan lagi, peserta turut digalakkan menjawab soalan secara interaktif seperti menjawab kuiz KDB secara atas talian ataupun secara sesi soal jawab bersama petugas PEDi.

Tujuan taklimat Klik Dengan Bijak ini diadakan adalah bagi membudayakan penggunaan Internet dalam kalangan pengguna secara positif yang berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet. Kelebihan taklimat seperti ini dijalankan adalah bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat disamping sebagai pendidikan awal kepada peserta tentang kepentingan kawal selia kendiri.