mcmc
Galeri Foto

Klik Dengan Bijak (KDB) – Teknologi Dan Anda

Tempat : Pusat Internet Pekan Tunoh, Kapit

Masa : 1400 petang – 1700 petang

Tarikh : 13.12.2019

Peserta : Pelajar Skim Tunoh 

Para pelajar sekolah rendah Skim Tunoh, Sungai Melinau Kapit telah mengikuti Advokasi Klik Dengan Bijak di Pusat Internet Pekan Tunoh, Kapit pada 13 Disember 2019 (Jumaat). Pelajar telah didedahkan dengan apa itu Teknologi dan telah mempelajari serta diberi pengetahuan dengan berkaitan teknologi. Taklimat KDB (Teknologi Dan Anda) ini telah disertai oleh lapan (8) orang pelajar yang merupakan pelajar sekolah rendah Skim Tunoh bagi mengisi masa lapang mereka pada cuti sekolah akhir tahun. Pelajar didedahkan dan diberi pengetahuan dengan menggunakan slaid tayangan dan tayangan vedio sebagai tunjuk ajar. Selepas taklimat habis, peserta telah mempraktikkan apa yang dipelajari dengan mengikuti kuiz yang telah disediakan oleh petugas sebagai pembelajaran harian mereka. Di akhir taklimat ini, peserta telah mengetahui apa itu Teknologi dan kegunaannya kepada kehidupan seharian mereka.