mcmc
Laporan Aktiviti

Latihan Keusahawanan Jun 2024

Tarikh: 17 & 22 Jun 2024

Tempat : Rumah Bilong Sg Engkatit & Perkarangan Jualan Kraftangan Market Teresang Kapit

Latihan : Sembang Santai bersama Ikon Usahawan NADI & Bengkel Kraftangan Manik (Program Jiwa Madani)

Penerangan Aktiviti: Latihan keusahawanan bersama peserta dan juga Ikon Usahawan bertujuan menambah pengetahuan asas usahawan / peserta dalam bidang kraftangan khususnya manik dan juga mengeratkan hubungan NADI dan usahawan. Peserta mengikuti bengkel kraftangan manik semasa Program Jiwa Madani yang bertempat di Rumah Bilong Sg Engkatit. Di samping itu, NADI turut melawat Ikon Usahawan NADI Pekan Tunoh yang menjual hasil kraftangan di Market Teresang untuk berbincang dan juga menerangkan inisiatif kerajaan dalam bidang kraftangan khususnya inisiatif Sejahtera Madani.