mcmc
Laporan Aktiviti

MICROSOFT WORD (MULTIMEDIA)

PERKARA  MICROSOFT WORD (MULTIMEDIA) 
TARIKH  09 MAC 2022
TEMPAT  PEDi PEKAN TUNOH

 

Perkongsian dan juga aktiviti dengan komuniti Skim Tunoh dengan menggunakan Microsoft Office (Word). Program yang dilaksanakan bersama komuniti adalah dengan memperkenalkan asas multimedia dengan menggunakan Microsoft Word. Antara aktiviti / program yang dijalankan pada pagi 09 Mac 2022 adalah seperti proses meletakkan gambar dalam dokumen yang ditaip bersama rakan-rakan. Di samping itu, menggunakan asas membuat dokumen dengan menggunakan kolum (column) dalam Microsoft Word. Sebagai latihan kendiri, PEDi menggalakkan komuniti dengan menyediakan dokumen / artikel yang berkaitan dengan Pulau Langkawi, Malaysia dengan meletakkan gambar-gambar menarik dalam artikel di samping menggalakan komuniti menimba ilmu pengetahuan dalam kawasan pelancongan di Malaysia.