| PERKARA | WATERMARK (Menghapus & memasukkan Watermark) |
| TARIKH | 20 MEI 2022 |
| TEMPAT | PEDi SKIM TUNOH (M) |
Beberapa komuniti khususnya pelajar mengikuti latihan asas ICT iaitu asas Microsoft Word : Watermark, Bullets & Numbering dalam sebuah dokumen. Pelajar diberi tunjuk ajar dan contoh daripada petugas PEDi dan dibantu dengan alat bahan pembelajaran. Pelajar digalakkan melakukan aktiviti asas ICT ini secara individu bagi meningkatkan produktiviti pelajar/komuniti dalam e-pembelajaran menggunakan komputer. Aktiviti ini bertujuan bagi meningkatan kemahiran penggunaan komputer peserta seperti kemahiran menaip, menggunakan komponen komputer serta perisisan Microsoft Office Word. Pelajar/komuniti melakukan aktiviti ICT seperti meletakkan dan menghapuskan “watermark” dalam sesuatu dokumen dan turut membuat artikel resepi makanan dengan menggunakan asas bullets serta numbering. Setiap peserta/pelajar dapat menghabiskan dokumen yang dibuat (resepi makanan) dengan watermark, bullet serta numbering.