
6 Feb 2023 : Latihan asas ICT iaitu dalam elemen Multimedia telah diadakan di PEDi Pekan Tunoh, Bukit Mabong. Aktiviti asas ICT ini dihadiri oleh komuniti Skim Tunoh pada waktu pagi. Aktiviti yang dijalankan adalah mempelajari elemen Multimedia iaitu proses belajar menggunakan aplikasi Microsoft Paint. Peserta diberi taklimat serta penjelasan berkaitan dengan aplikasi Microsoft Paint terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti secara praktikal. Seusai selesai taklimat diadakan, peserta membuat latihan praktikal dengan mewarna secara digital dengan menggunakan Microsoft Paint. Aktiviti bertujuan dalam meningkatkan produktiviti pembelajaran pelajar dalam e-pembelajaran mereka disamping menambah ilmu pengetahuan dalam menggunakan aplikasi Microsoft Paint.
