
Merupakan tarikan di Bukit Mabong iaitu persekitaran alam semulajadi yang menjadikannya tempat rekreasi atau kunjungan daripada orang luar. Antara salah satu ialah dikenali sebagai Pancur Mabong. Pancur Mabong ini merupakan tempat rekreasi untuk sesi mendaki dan mempunyai 3 perhentian yang disediakan sepanjang ke Pancur Mabong. Keperluan yang diperlukan apabila mendaki ke Pancur Mabong adalah berpakaian tertutup dan lengkap kerana sepanjang jalan kemungkinan ada pacat serta guide tour yang boleh diiringi oleh penduduk Skim Tunoh.
