1. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SUNGAI TUNOH
Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tunoh ini adalah satu-satunya sekolah rendah ataupun kemudah pendidikan yang berdekatan dengan kawasan penduduk kampung Skim Tunoh. Pelajar-pelajar Sek. Rendah Sungai Tunoh terdiri daripada pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6. Pelajar Sekolah Sg Tunoh diwajibkan untuk bermalam di asrama sekolah walaupun rumah-rumah mereka berdekatan dengan sekolah dan cuma berjalan kaki sahaja. Walaupun masih berada dalam kawasan pedalaman, sekolah rendah Sg Tunoh mempunyai banyak aktiviti yang dijalankan seperti sukan yang terbaharu seperti frisbee dimainkan di padang sekolah setiap petang untuk mengisi masa lapang mereka.
