Tarikh: 11 & 15 April 2023
Tempat: Mini PEDi Pekan Tunoh
Aktiviti: Taklimat Klik Dengan Bijak Modul Siber Sekuriti dan Scam: Mengatasi Penipuan Atas Talian
Penerangan Aktiviti: Sesi taklimat Klik Dengan Bijak bersama komuniti Skim Tunoh telah diadakan dengan memberi taklimat berkenaan dengan advokasi Modul Siber Sekuriti dan juga Modul Scam iaitu mengatasi penipuan atas talian. Sesi taklimat ini bertujuan membudayakan penggunaan Internet dalam kalangan pengguna secara positif dengan berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam membendung masalah penggunaan Internet. Antara aktiviti yang diselitkan adalah menayangkan video Klik Dengan Bijak, kuiz Klik Dengan Bijak (KBD) dan juga taklimat slaid bergambar.