Tarikh: 10, 18 & 24 Jun 2023
Tempat: Mini PEDi Pekan Tunoh
Taklimat: Tayangan KDB Positif N’ Produktif , Buli Siber , Tanggungjawab Ibubapa, Kuiz KDB
Penerangan Aktiviti: Sesi taklimat Klik Dengan Bijak bersama komuniti Skim Tunoh/Ahli PEDi telah diadakan dengan memberi taklimat berkenaan dengan advokasi Modul Buli Siber, Tayangan Positif N’ Produktif disamping mengadakan Kuiz Klik Dengan Bijak.
Sesi taklimat ini bertujuan membudayakan penggunaan Internet dalam kalangan pengguna secara positif dengan berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam membendung masalah penggunaan Internet. Antara aktiviti yang diselitkan adalah menayangkan video Klik Dengan Bijak, kuiz Klik Dengan Bijak (KBD) dan juga taklimat slaid bergambar.