Q1 2020: Usahawan Puan Fiona
| Nama | Puan Fiona Ambrose |
| Ahli Berdaftar | 2019 |
Latar Belakang
Puan Fiona merupakan ibu tunggal yang tinggal di Rumah Killau Sungai Tunoh, Kapit. Beliau mempunyai minat dalam menghasilkan kraftangan daripada manik-manik. Antara kraftangan yang telah dihasilkan beliau adalah berupa aksesori yang digunakan untuk kebudayaan masyarakat Iban. Sebagai contohnya, selampai, tango, sirat dan sebagainya. Disamping itu, beliau turut berjinak-jinak dengan penjualan kuih muih seperti donut, kek, karipap dan juga apam balik. Beliau menjual hasil seperti kuih muih hanyalah di sekitar perkampungan Skim Tunoh yang mempunyai 5 buah rumah panjang.
Selepas Penggunaan ICT/Kelas Keusahawan di NADI
Untuk promosi kraftangan, beliau sering dibantu oleh NADI dalam mempromosikan kraftangannya di samping menjual melalui platform online seperti Facebook dan Whatsapp. Disebabkan kekangan daripada segi logistik dan perkhidmatan telekomunikasi, beliau hanyalah menjual hasil-hasil jualannya kepada sahabat, cikgu dan juga penduduk di sekitar perkampungan Skim Tunoh.

